Kelas Usahawan & Advokasi KDB (online grooming) serta penyerahan sijil

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Kelas ini telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Machan.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan dunia perniagaan kepada pelajar lepasan sekolah supaya mereka boleh menjadi usahawan yang Berjaya suatu hari nanti. Semasa kelas berlangsung, mereka telah melihat satu video seorang Usahawan Wanita yang berasal daripada Pekan Machan iattu Puan Nancy anak Ali. Selesai kelas Usahawan mereka menerima Sijil Penyertaan tamat Kelas.

Setelah selesai kelas dan penerimaan sijil penyertaan tersebut, peserta telah diberikan taklimat KDB iaitu “Online Grooming”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali